Selasa, 19 April 2016



jam 17:19 ,hari selasa-19.04.2016

air mata ini mengalir lagi
semakin lama semakin laju diselang seli esakan kecil
bicaramu yang kasar dan pedih menusuk tajam disanubariku
mengapa ini terjadi lagi pada diriku
salahkah aku..mendambakan kasih sayangmu
hinakah diriku di pandanganmu..
berat rasa hati untuk menjauh dari sudut hatimu
tetapi apa akan dayaku ..aku terpaksa
buat sekian kalinya hati ku benar-benar terluka
dek bicaramu yang menghiris kalbu

sayangku..
tak perlu lagi untukku setia di sini
ada baiknya aku melangkah pergi..jauh darimu
ke mana aku pergi..tak mungkin kau pedulikan lagi
aku pasrah dan aku redha dengan ketentuanNya.
mungkin inilah yang ditakdirkan untukku..

sayangku..
mungkin disaat kau gembira kini
tiada lagi ingatanmu kepadaku
tiada apa harus ku harapkan lagi
kebencianmu terhadapku terserlah
keegoanmu memuncak
aku tak berdaya menghadapinya

sayangku..
tiada apa lagi yang aku harapkan
cuma iringan doa
semoga kau berbahagia tanpaku
dan biarlah ianya menjadi kenangan lalu

nukilan

Isnin, 18 April 2016



Aku dah penat..
penat kerana terlalu mencintai..
tapi apa yang dapat...hanya kelukaan yang teramat mendalam
Aku tahu..
cinta tak semestinya memiliki..
aku pasrah..
biarlah aku pergi jauh dari sudut hatimu..
jika itu yang kau inginkan...
Maafkan aku...
andai kehadiranku mengganggu.
ruangan hidupmu selama ini...
biarlah ianya menjadi kenangan buatku..
aku akan terus mencintaimu...
walaupun jauh dari sudut hatimu...tiada terpahat namaku..
 
Buat insan yang bergelar B
Aku mendoakan agar dirimu akan menemui insan 
yang lebih sempurna dan lebih baik dariku...
terima kasih juga ku ucapkan
kerana sudi memberi sedikit ruang untukku..
menumpang di sudut hatimu ..
walaupun hanya seketika waktu..

nukilan dariku....